Saturday, December 22, 2018

PERKEMBANGAN DERIA DAN PERSEPSI DUNIA PERSEKITARAN BAYI DAN KANAK-KANAK
  • Bayi dan kanak-kanak mengenal dunia persekitaannya melalui proses penerokaan. Mereka akan cuba membina pengertiaan dan kefahaman berhubung dengan pengalaman yang dialaminya. Pengalamannya diperolehi melalui apa sahaja yang mereka lihat, mendengar, sentuh, hidu dan rasa, Kanak-kanak perlu dirangsang untuk ingin tahu dan meneroka dunia persekitarannya menggunakan deria. Lima deria yang diberikan Tuhan kepada setiap hamba-Nya iaitu mata, telinga, lidah dan kulit adalah sangat penting dikembangkan untuk membolehkan bayi dan kanak-kanak membina pengalaman dan pemahaman mereka tentang.
CIRI-CIRI PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK

Corak perkembangan adalah bersifat berterusan dari satu peringkat ke satu peringkat. Terdapat perbezaan tahap perkembangan kanak-kanak. Perkembangan bahagian-bahagian anggota adalah saling berkait dan mempengaruhi keseluruhan individu.

Perkembangan kanak-kanak mengikut corak tertentu iaitu :
  • Daripada mudah ke kompleks
  • Perkembangan mempunyai arah tertentu yang boleh dijangkakan 
  • Menyeluruh kepada tertentu ( mass to specific)
Kemahiran motor - fizikal juga berlaku mengikut prinsip perkembangan fizikal yang tetapkan. Kemahiran motor - fizikal terbahagi kepada :
  • Pantulan semula jadi
  • Kemahiran motor kasar
  • Kemahiran motor halus
RUMUSAN

Bidang pembelajaran perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitran ialah bidang yang sangat menarik jika dikendalikan dengan betul dan terancang. Di samping mengembangkan kemahiran deria, kanak-kanak dididik untuk memahami kejadian alam semula jadi dan elemen dalam alam yang wujud di sekeliling kanak-kanak. Pendidik/pengasuh disarangkan menggalakan kank-kanak-kanak meneroka, mengeksperimen dan mengalami sendiri elemen yang terdapat dalam alam sekitar mereka. Kanak-kanak perlu diasuh untuk menghargai kebesaran ciptaan Tuhan dan menghayati keindahan dan kepelbagaian yang wujud di muka bumi ini. Sifat semula jadi mereka yang suka bertanya dan ingin tahu tentang kejadian alam harus dioptimumkan dengan aktiviti seperti nature walk, trecking, bermain pasir dan air, menanam dan berkebun, melawat taman bunga atau zoo, dan menyiasat bahan serta memasak.
PERINGKAT DALAM PERSEPSI CORAK

  • Kanak-kanak akan membuat persepsi corak dengan rangsangan berbentuk muka dan mengintegrasikan maklumat sensori mengikut peringkat berikut:
  1. Satu bulan boleh menggabungkan antara penglihatan dan sentuhan.
  2. Empat bulan boleh menggabungkan penglihatan dan sentuhan.
  3. Empat hingga tujuh bulan boleh memadankan rauk wajah dengan (lelaki) dengan bunhyi suara.
SENI DAN KRAF DALAM KURIKULUM PERMATA
  • Kanak-kanak diberi peluang membuat pelbagai kesan, lakaran, contengan , corak dan garisan pada sesuatu permukaan. Pada masa yang sama kanak-kanak memahirkan motor halus mereka. Kanak-kanak juga belajar mengenali warna dan membezakan warna. Contoh aktiviti pembelajaran yang sesuai untuk anak PERMATA ialah:
  1. Menconteng dengan pensil, krayon, arang atau berus lukisan.
  2. Membuat garisan dan rupa bentuk.
  3. Melukis objek dan merwarna lukisan.
  4. Membuat lukisan pecikan bunga api.
  5. Membuat tanda dan kesan pada pelbagai permukaan.
RUMUSAN 

Perkembangan literasi awal kanak-kanak dapat dipupuk dengan menyediakan persekitaran, bahan dan kaedah pendekatan yang menarik dan sesuai dengan tahap perkembangan dan minat kanak-kanak.
RUMUSAN

Pembelajaran awal matematik pada peringkat awal kanak-kanak diperoleh daripada persekitaran secara tidak formal. Kanak-kanak biasanya akan diajar dengan menggunakan benda konkrit supaya mereka memperoleh pengalaman yang boleh digunakan pada masa akan datang. Kaedah pembelajaran awal matematik yang menggembirakan, akan menjadikan pembelajarannya lebih bermakna.

Konsep asas matematik kanak-kanak ialah awal geometri, parts and wholes, perbandingan, logik dan pengelasan, padanan satu dengan satu, membilang dan nombor, susunan/seriasi, pola, pengukuran berat dan panjang dan sukatan isipadu.

Pendidik/pengasuh perlu menyediakan aktiviti, alat bahan dan persekitaran yang boleh merangsang kemahiran awal matematik. Pendidik/pengasuh juga harus peka dan sentiasa berinteraksi dengan kanak-kanak untuk membantu mereka memahami konsep matematik semasa bermain.



KONSEP DAN KEMAHIRAN AWAL MATEMATIK DALAM KURIKULUM PERMATA NEGARA
  • Konsep awal matematik yang ditekan kurikulum PERMATA Negara ialah:
  1. Bentuk dan saiz.
  2. Ruang dan kedudukan.
  3. Perbandingan dan pengelasan.
  4. Padanan satu dengan satu.
  5. Seriasi dan pola.
  6. Pengukuran dan sukatan.
  7. Parts and wholes.
  8. Konsep bahasa.
  9. Bilangan dan nombor.

Sunday, November 18, 2018

DEFINISI PEMIKIRAN LOGIK

DEFINISI PEMIKIRAN LOGIK
  • Pemikiran logik ialah proses berfikir yang berasaskan penaakulan (reasoning) iaitu memberikan sebab atau alasan kepada sesuatu perkara, atau memikirkan kesan atau akibat daripada sesuatu perkara. Biasanya, sesuatu yang logik ialah sesuatu yang boleh diterima akal kerana jelas hubungannya sebab akibatnya dan boleh dilihat buktinya.
          contoh " hubungan sebab - akibat " :
  • Pada hari panas, baju yang dijemur menjadi kering ( baju kering sebab hari panas); 
  • Jika tiada matahari, baju basah yang dijemur tidak kering atau lambat kering.

DEFINISI AWAL MATEMATIK

DEFINISI AWAL MATEMATIK

  • Matematik ialah satu bidang (disiplin) tentang kuantiti, anggaran, persamaan, perbezaan, perbandingan, susunan, padanan, sukatan, bentuk, corak, ruang, masa, kedudukan, dan perkiraan, daripada mudah sehingga yang kompleks yang menggunakan formula yang panjang. Ramai pelajar yang rasa, sangat takut kepada matapelajaran matematik kerana dianggap sukar dan komplek untuk difahami tetapi berbeza. Bagi kanak-kanak kecil, konsep awal matematik adalah permahaman tentang bentuk, kuantiti, ruang, demensi atau kedudukan, corak, masa, awal nombor, pewakilan nombor dan operasi nombor. Awal matematik sangat penting untuk membina asas pemikiran matematik dan logik. 

FAKTOR UNTUK MENGGALAKKAN PERKEMBANGAN BAHASA

FAKTOR UNTUK MENGGALAKKAN PERKEMBANGAN BAHASA
  1. Berinteraksi dengan kanak-kanak 
  • Pendidik atau pengasuh perlu banyak berinteraksi secara lisan dengan lebih kerap. 
      2. Persekitaran keluarga
  • Persekitaran keluarga kanak-kanak membesar dalam lingkungan alam sekitar yang sihat akan mendapat segala kemudahan. Kesannya perkembangan bahasa mereka lebih cepat. Jika persekitaran kanak-kanak dikelilingi dengan orang pandai maka mereka terbiasa dengan percakapan orang bijaksana serta perbendaharaan kata yang betul dan banyak.
    3. Interaksi dalam keluarga 
  • Saiz sesebuah keluarga juga mempengaruhi. Andai kata jika kanak-kanak itu anak tunggal maka lebih cepat bercakap dan lebih banyak berinteraksi dengan ibu bapa serta mendapat layanan yang cukup. Manakala anak yang ramai adik beradik akan lebih kerap bercakap sesama sendiri maka perbendaharaan katanya sedikit.