RUMUSAN
Bidang pembelajaran perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitran ialah bidang yang sangat menarik jika dikendalikan dengan betul dan terancang. Di samping mengembangkan kemahiran deria, kanak-kanak dididik untuk memahami kejadian alam semula jadi dan elemen dalam alam yang wujud di sekeliling kanak-kanak. Pendidik/pengasuh disarangkan menggalakan kank-kanak-kanak meneroka, mengeksperimen dan mengalami sendiri elemen yang terdapat dalam alam sekitar mereka. Kanak-kanak perlu diasuh untuk menghargai kebesaran ciptaan Tuhan dan menghayati keindahan dan kepelbagaian yang wujud di muka bumi ini. Sifat semula jadi mereka yang suka bertanya dan ingin tahu tentang kejadian alam harus dioptimumkan dengan aktiviti seperti nature walk, trecking, bermain pasir dan air, menanam dan berkebun, melawat taman bunga atau zoo, dan menyiasat bahan serta memasak.
0 comments:
Post a Comment