Saturday, October 13, 2018

PERKEMBANGAN KREATIVITI DAN ESTETIKA

APA ITU KREATIVITI

  • Secara umum kreativiti ialah kebolehan atau keupayaan untuk mencipta, mewujud dan menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk baru dan asli. Kreativiti memerlukan daya imaginasi yang tinggi, penerokaan dan kebolehan membina hubungan baru terhadap maklumat lama dan sedia ada. Kreativiti melibatkan kemahiran berfikir yang kritikal dan analitikal untuk mencipta dan melahirkan idea baru yang unik dan menarik. Ia juga memerlukan kebolehan berfikir secara praktikal yang dapat menterjemahkan idea ke dalam bentuk aplikasi.
  • kreativiti boleh menghasilkan inovasi ialah idea atau cara untuk menambah baik proses atau cara laama yang lebih efektif dan berkesan atau lebih menarik. Daripada inovasi kita perlu menggunakan minda kreatif dan daya imaginasi yang tinggi. Inovasi adalah cara kerja masa hadapan. Malaysia memerlukan generasi masa hadapan yang kreatif dan inovatif untuk melonjakkan ekonomi dan kemakmuran negara.
  • Kurikulum PERMATA Negara sangat menekankan asoek perkembangan kreativiti kanak-kanak pada semua peringkat umur kerana ciri ini boleh dibentuk sejak awa umur lagi. Kreativiti boleh diterapkan dalam semua bidang pembelajaran PERTAMA, bukannya hanya dalam bidang seni dan kraf atau muzik, nyanyian atau drama semata-mata, Oleh itu, pendidik/pengasuh memberi perhatian untuk menggalakkan kanak-kanak sentiasa berfikiran kreatif dan menghargai hasil kreativiti kanak-kanak.
APAKAH ITU ESTETIKA
  • Estetika adalah penghayatan atau apresiasi terhadap keindahan, kecantikan, keunikan sesuatu benda atau ciptaan. Estetika melibatkan keupayaan pemikiran yang tinggi, yang mampu menilai dan mengkagumi ciptaan ungul yang Maha Kuasa dalam alam ini dan hasil cipta manusia yang memberi keselesaan dalam hidup dan keindahan dalam jiwa kita. Estetika adalah berkaitan dengan seni dan penghayatan. Estetika berasal dari perkataan unani, icethetike yang bermaksud "sesuatu perkara yang dihargai". Estetika melibatkan individu dalam keadaan merasa, bertindak balas dan peka pada persekitaran semula jadi serta persekitaran ciptaan manusia. Melibatkan diri dengan aktiviti seni memberi peluang kepada kanak-kanak meneroka dengan pelbagai bahan-bahan, mewarna, melukis, meneliti bentuk, saiz, bunyi struktur dan fungsi sesuatu benda atau objek. Malah aktiviti seni juga membantuk kanak-kanak menggunakkan pengalaman deria mereka terutamanya ketika merasa struktur, menhidu bahan dan mendengar bunyi. 
SENI DAN KRAF DALAM KURIKULUM PERMATA
  • Kanak-kanak diberi peluang membuat pelbagai kesan, lakaran, contengan , corak dan garisan pada sesuatu permukaan. Pada masa yang sama kanak-kanak memahirkan motor halus mereka. Kanak-kanak juga belajar mengenali warna dan membezakan warna. Contoh aktiviti pembelajaran yang sesuai untuk anak PERMATA ialah:
  1. Menconteng dengan pensil, krayon, arang atau berus lukisan.
  2. Membuat garisan dan rupa bentuk.
  3. Melukis objek dan merwarna lukisan.
  4. Membuat lukisan pecikan bunga api.
  5. Membuat tanda dan kesan pada pelbagai permukaan.

0 comments:

Post a Comment