- Matematik ialah satu bidang (disiplin) tentang kuantiti, anggaran, persamaan, perbezaan, perbandingan, susunan, padanan, sukatan, bentuk, corak, ruang, masa, kedudukan, dan perkiraan, daripada mudah sehingga yang kompleks yang menggunakan formula yang panjang. Ramai pelajar yang rasa, sangat takut kepada matapelajaran matematik kerana dianggap sukar dan komplek untuk difahami tetapi berbeza. Bagi kanak-kanak kecil, konsep awal matematik adalah permahaman tentang bentuk, kuantiti, ruang, demensi atau kedudukan, corak, masa, awal nombor, pewakilan nombor dan operasi nombor. Awal matematik sangat penting untuk membina asas pemikiran matematik dan logik.
DEFINISI PEMIKIRAN LOGIK
- Pemikiran logik ialah proses berfikir yang berasaskan penaakulan (reasoning) iaitu memberikan sebab atau alasan kepada sesuatu perkara, atau memikirkan kesan atau akibat daripada sesuatu perkara. Biasanya, sesuatu yang logik ialah sesuatu yang boleh diterima akal kerana jelas hubungannya sebab akibatnya dan boleh dilihat buktinya.
contoh " hubungan sebab - akibat " :
- Pada hari panas, baju yang dijemur menjadi kering ( baju kering sebab hari panas);
- Jika tiada matahari, baju basah yang dijemur tidak kering atau lambat kering.
KONSEP DAN KEMAHIRAN AWAL MATEMATIK DALAM KURIKULUM PERMATA NEGARA
- Konsep awal matematik yang ditekan kurikulum PERMATA Negara ialah:
- Bentuk dan saiz.
- Ruang dan kedudukan.
- Perbandingan dan pengelasan.
- Padanan satu dengan satu.
- Seriasi dan pola.
- Pengukuran dan sukatan.
- Parts and wholes.
- Konsep bahasa.
- Bilangan dan nombor.
RUMUSAN
Pembelajaran awal matematik pada peringkat awal kanak-kanak diperoleh daripada persekitaran secara tidak formal. Kanak-kanak biasanya akan diajar dengan menggunakan benda konkrit supaya mereka memperoleh pengalaman yang boleh digunakan pada masa akan datang. Kaedah pembelajaran awal matematik yang menggembirakan, akan menjadikan pembelajarannya lebih bermakna.
Konsep asas matematik kanak-kanak ialah awal geometri, parts and wholes, perbandingan, logik dan pengelasan, padanan satu dengan satu, membilang dan nombor, susunan/seriasi, pola, pengukuran berat dan panjang dan sukatan isipadu.
Pendidik/pengasuh perlu menyediakan aktiviti, alat bahan dan persekitaran yang boleh merangsang kemahiran awal matematik. Pendidik/pengasuh juga harus peka dan sentiasa berinteraksi dengan kanak-kanak untuk membantu mereka memahami konsep matematik semasa bermain.
0 comments:
Post a Comment