Wednesday, October 17, 2018

PERKEMBANGAN DERIA DAN PEMAHAMAN DUNIA PERSEKITARAN

DEFINISI DUNIA PERSEKITARAN

  • Dunia persekitaran bermaksud kesemua keadaan atau situasi yang terdapat disekeliling kanak-kanak. Keadaan dan situasi ini termasuklah aspek fizikal atau eksternal yang terdiri daripada manusia, haiwan, tumbuhan,dan segala bentuk elemen dan kejadian semulajadi yang terdapat didunia dan atmosfera. Dunia persekitaran juga bermaksud suasana kehidupan, adab resam, agama, budaya dan tradisi, sistem politik dan sosial yang mempengaruhi pertumbuhan, dan kehidupan seseorang atau sesuatu komuniti atau sesuatu makluk " organisme". 
PERKEMBANGAN DERIA DAN PERSEPSI DUNIA PERSEKITARAN BAYI DAN KANAK-KANAK
  • Bayi dan kanak-kanak mengenal dunia persekitaannya melalui proses penerokaan. Mereka akan cuba membina pengertiaan dan kefahaman berhubung dengan pengalaman yang dialaminya. Pengalamannya diperolehi melalui apa sahaja yang mereka lihat, mendengar, sentuh, hidu dan rasa, Kanak-kanak perlu dirangsang untuk ingin tahu dan meneroka dunia persekitarannya menggunakan deria. Lima deria yang diberikan Tuhan kepada setiap hamba-Nya iaitu mata, telinga, lidah dan kulit adalah sangat penting dikembangkan untuk membolehkan bayi dan kanak-kanak membina pengalaman dan pemahaman mereka tentang.
TEKNIK PENGESANAN DERIA

Sekiranya bayi baru lahir :
  • Tidak terkejut, bergerak, menagis atau menunjukkan sebarang tindak balas apabila ada bunyi yang nyaring atau kuat. Tidak menoleh kepala ke arah bunyi suara.
  • Tidak meniru bunyi yang didengari. 
  • Mereka mungkin menghadapi masalah deria pendengaran. Dengan pengesanan awal, kanak-kanak tersebut boleh dibantu. 
DERIA RASA
  • Bayi yang baru lahir dapat merasa pahit dan manis. Mereka lebih suka kepada rasa manis yang semualajadi, seperti manis susu madu dan buah. Perubahan mimik menunjukkan dapat membezakan rasa. Kanak-kanak boleh mencuba untuk merasa benda yang boleh dimakan seperti buah-buahan dan membuat perbezaan rasanya. Menerokai dunia persekitaran melalui deria rasa amatlah menarik bagi kanak-kanak. Kemahiran ini dapat meningkatkan pemahaman kanak-kanak tentang benda mempunyai rasa dan hubungan deria rasa dengan deria bau.
DERIA BAU
  • Deria bau membantu  bayi mengesan ibunya. Deria bau bayi lahir sangat tajam. Mereka boleh membezakan antara bau susu ibu sendiri dengan bau susu ibu yang lain. Bayi mengenali bau ibunya ketika disusukan, atau dipeluk cium dan didakap oleh ibunya. Bayi dapat mengenal dan mengecam bau yang mereka gemari, kanak-kanak membina deria bau yang lebih tajam. Mereka dapat mengenali pelbagai jenis bau-bauan termasuk wangi dan busuk. Kanak-kanak perlu dirangsang untuk meneroka pelbagai jenis bau daripada bahan semulajadi seperti bau pandan, pisang, limau, bunga, daun, sabun, bedak, minyak rambut, bau benda terbakar, bau hancing di tandas, bau hanyir ikan, bau badan atau peluh, dan sebagainya, Sambil meneroka bau, kanak-kanak juga belajar perbendaraan kata tentang bau yang berbeza.
DERIA SENTUHAN
  • Deria sentuhan mula berfungsi ketika bayi dalam kandungan. Kepekaan deria sentuhan bayi yang baru lahir sangat tinggi. Kebanyakkan daripada pantulan mencari pakal, menghisap, menggenggam, mengambil langkah dari babin ski. Bayi yang baru lahir sangat sensitif tterhadap perubahan suhu. Apabila tidak berpakain, bayi akan menunjukkan tindak balas tidak selesa dengan menangis dengan menggigil. Deria sentuhan terdapat semua bahagian kulit; tetapi bahagian yang paling sensitif ialah sekitar mulut, pipi dan bibir, tapak kaki, ketiak, hujung jari, dan kemaluan.  
PERINGKAT DALAM PERSEPSI CORAK

  • Kanak-kanak akan membuat persepsi corak dengan rangsangan berbentuk muka dan mengintegrasikan maklumat sensori mengikut peringkat berikut:
  1. Satu bulan boleh menggabungkan antara penglihatan dan sentuhan.
  2. Empat bulan boleh menggabungkan penglihatan dan sentuhan.
  3. Empat hingga tujuh bulan boleh memadankan rauk wajah dengan (lelaki) dengan bunhyi suara.
RUMUSAN

Bidang pembelajaran perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitran ialah bidang yang sangat menarik jika dikendalikan dengan betul dan terancang. Di samping mengembangkan kemahiran deria, kanak-kanak dididik untuk memahami kejadian alam semula jadi dan elemen dalam alam yang wujud di sekeliling kanak-kanak. Pendidik/pengasuh disarangkan menggalakan kank-kanak-kanak meneroka, mengeksperimen dan mengalami sendiri elemen yang terdapat dalam alam sekitar mereka. Kanak-kanak perlu diasuh untuk menghargai kebesaran ciptaan Tuhan dan menghayati keindahan dan kepelbagaian yang wujud di muka bumi ini. Sifat semula jadi mereka yang suka bertanya dan ingin tahu tentang kejadian alam harus dioptimumkan dengan aktiviti seperti nature walk, trecking, bermain pasir dan air, menanam dan berkebun, melawat taman bunga atau zoo, dan menyiasat bahan serta memasak.

0 comments:

Post a Comment