Sunday, October 21, 2018

DEFINISI PERKEMBANGAN

DEFINISI PERKEMBANGAN
  • Perkembangan ialah perubahan yang bersifat kualitatif. ia bersifat berterusan, bermula dari sejak persenyawaan hingga ke akhir hayat. Sifat perubahan ini dapat diukur dengan membandingkannya dengan peringkat yang lebih awal. Contoh :
  • bayi baru lahir - tidak boleh meniarap
  • bayi  5 bulan - sudah boleh meniarap

Wednesday, October 17, 2018

PERKEMBANGAN DERIA DAN PEMAHAMAN DUNIA PERSEKITARAN

DEFINISI DUNIA PERSEKITARAN

  • Dunia persekitaran bermaksud kesemua keadaan atau situasi yang terdapat disekeliling kanak-kanak. Keadaan dan situasi ini termasuklah aspek fizikal atau eksternal yang terdiri daripada manusia, haiwan, tumbuhan,dan segala bentuk elemen dan kejadian semulajadi yang terdapat didunia dan atmosfera. Dunia persekitaran juga bermaksud suasana kehidupan, adab resam, agama, budaya dan tradisi, sistem politik dan sosial yang mempengaruhi pertumbuhan, dan kehidupan seseorang atau sesuatu komuniti atau sesuatu makluk " organisme". 
PERKEMBANGAN DERIA DAN PERSEPSI DUNIA PERSEKITARAN BAYI DAN KANAK-KANAK
  • Bayi dan kanak-kanak mengenal dunia persekitaannya melalui proses penerokaan. Mereka akan cuba membina pengertiaan dan kefahaman berhubung dengan pengalaman yang dialaminya. Pengalamannya diperolehi melalui apa sahaja yang mereka lihat, mendengar, sentuh, hidu dan rasa, Kanak-kanak perlu dirangsang untuk ingin tahu dan meneroka dunia persekitarannya menggunakan deria. Lima deria yang diberikan Tuhan kepada setiap hamba-Nya iaitu mata, telinga, lidah dan kulit adalah sangat penting dikembangkan untuk membolehkan bayi dan kanak-kanak membina pengalaman dan pemahaman mereka tentang.
TEKNIK PENGESANAN DERIA

Sekiranya bayi baru lahir :
  • Tidak terkejut, bergerak, menagis atau menunjukkan sebarang tindak balas apabila ada bunyi yang nyaring atau kuat. Tidak menoleh kepala ke arah bunyi suara.
  • Tidak meniru bunyi yang didengari. 
  • Mereka mungkin menghadapi masalah deria pendengaran. Dengan pengesanan awal, kanak-kanak tersebut boleh dibantu. 
DERIA RASA
  • Bayi yang baru lahir dapat merasa pahit dan manis. Mereka lebih suka kepada rasa manis yang semualajadi, seperti manis susu madu dan buah. Perubahan mimik menunjukkan dapat membezakan rasa. Kanak-kanak boleh mencuba untuk merasa benda yang boleh dimakan seperti buah-buahan dan membuat perbezaan rasanya. Menerokai dunia persekitaran melalui deria rasa amatlah menarik bagi kanak-kanak. Kemahiran ini dapat meningkatkan pemahaman kanak-kanak tentang benda mempunyai rasa dan hubungan deria rasa dengan deria bau.
DERIA BAU
  • Deria bau membantu  bayi mengesan ibunya. Deria bau bayi lahir sangat tajam. Mereka boleh membezakan antara bau susu ibu sendiri dengan bau susu ibu yang lain. Bayi mengenali bau ibunya ketika disusukan, atau dipeluk cium dan didakap oleh ibunya. Bayi dapat mengenal dan mengecam bau yang mereka gemari, kanak-kanak membina deria bau yang lebih tajam. Mereka dapat mengenali pelbagai jenis bau-bauan termasuk wangi dan busuk. Kanak-kanak perlu dirangsang untuk meneroka pelbagai jenis bau daripada bahan semulajadi seperti bau pandan, pisang, limau, bunga, daun, sabun, bedak, minyak rambut, bau benda terbakar, bau hancing di tandas, bau hanyir ikan, bau badan atau peluh, dan sebagainya, Sambil meneroka bau, kanak-kanak juga belajar perbendaraan kata tentang bau yang berbeza.
DERIA SENTUHAN
  • Deria sentuhan mula berfungsi ketika bayi dalam kandungan. Kepekaan deria sentuhan bayi yang baru lahir sangat tinggi. Kebanyakkan daripada pantulan mencari pakal, menghisap, menggenggam, mengambil langkah dari babin ski. Bayi yang baru lahir sangat sensitif tterhadap perubahan suhu. Apabila tidak berpakain, bayi akan menunjukkan tindak balas tidak selesa dengan menangis dengan menggigil. Deria sentuhan terdapat semua bahagian kulit; tetapi bahagian yang paling sensitif ialah sekitar mulut, pipi dan bibir, tapak kaki, ketiak, hujung jari, dan kemaluan.  
PERINGKAT DALAM PERSEPSI CORAK

  • Kanak-kanak akan membuat persepsi corak dengan rangsangan berbentuk muka dan mengintegrasikan maklumat sensori mengikut peringkat berikut:
  1. Satu bulan boleh menggabungkan antara penglihatan dan sentuhan.
  2. Empat bulan boleh menggabungkan penglihatan dan sentuhan.
  3. Empat hingga tujuh bulan boleh memadankan rauk wajah dengan (lelaki) dengan bunhyi suara.
RUMUSAN

Bidang pembelajaran perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitran ialah bidang yang sangat menarik jika dikendalikan dengan betul dan terancang. Di samping mengembangkan kemahiran deria, kanak-kanak dididik untuk memahami kejadian alam semula jadi dan elemen dalam alam yang wujud di sekeliling kanak-kanak. Pendidik/pengasuh disarangkan menggalakan kank-kanak-kanak meneroka, mengeksperimen dan mengalami sendiri elemen yang terdapat dalam alam sekitar mereka. Kanak-kanak perlu diasuh untuk menghargai kebesaran ciptaan Tuhan dan menghayati keindahan dan kepelbagaian yang wujud di muka bumi ini. Sifat semula jadi mereka yang suka bertanya dan ingin tahu tentang kejadian alam harus dioptimumkan dengan aktiviti seperti nature walk, trecking, bermain pasir dan air, menanam dan berkebun, melawat taman bunga atau zoo, dan menyiasat bahan serta memasak.

Saturday, October 13, 2018

PERKEMBANGAN KREATIVITI DAN ESTETIKA

APA ITU KREATIVITI

  • Secara umum kreativiti ialah kebolehan atau keupayaan untuk mencipta, mewujud dan menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk baru dan asli. Kreativiti memerlukan daya imaginasi yang tinggi, penerokaan dan kebolehan membina hubungan baru terhadap maklumat lama dan sedia ada. Kreativiti melibatkan kemahiran berfikir yang kritikal dan analitikal untuk mencipta dan melahirkan idea baru yang unik dan menarik. Ia juga memerlukan kebolehan berfikir secara praktikal yang dapat menterjemahkan idea ke dalam bentuk aplikasi.
  • kreativiti boleh menghasilkan inovasi ialah idea atau cara untuk menambah baik proses atau cara laama yang lebih efektif dan berkesan atau lebih menarik. Daripada inovasi kita perlu menggunakan minda kreatif dan daya imaginasi yang tinggi. Inovasi adalah cara kerja masa hadapan. Malaysia memerlukan generasi masa hadapan yang kreatif dan inovatif untuk melonjakkan ekonomi dan kemakmuran negara.
  • Kurikulum PERMATA Negara sangat menekankan asoek perkembangan kreativiti kanak-kanak pada semua peringkat umur kerana ciri ini boleh dibentuk sejak awa umur lagi. Kreativiti boleh diterapkan dalam semua bidang pembelajaran PERTAMA, bukannya hanya dalam bidang seni dan kraf atau muzik, nyanyian atau drama semata-mata, Oleh itu, pendidik/pengasuh memberi perhatian untuk menggalakkan kanak-kanak sentiasa berfikiran kreatif dan menghargai hasil kreativiti kanak-kanak.
APAKAH ITU ESTETIKA
  • Estetika adalah penghayatan atau apresiasi terhadap keindahan, kecantikan, keunikan sesuatu benda atau ciptaan. Estetika melibatkan keupayaan pemikiran yang tinggi, yang mampu menilai dan mengkagumi ciptaan ungul yang Maha Kuasa dalam alam ini dan hasil cipta manusia yang memberi keselesaan dalam hidup dan keindahan dalam jiwa kita. Estetika adalah berkaitan dengan seni dan penghayatan. Estetika berasal dari perkataan unani, icethetike yang bermaksud "sesuatu perkara yang dihargai". Estetika melibatkan individu dalam keadaan merasa, bertindak balas dan peka pada persekitaran semula jadi serta persekitaran ciptaan manusia. Melibatkan diri dengan aktiviti seni memberi peluang kepada kanak-kanak meneroka dengan pelbagai bahan-bahan, mewarna, melukis, meneliti bentuk, saiz, bunyi struktur dan fungsi sesuatu benda atau objek. Malah aktiviti seni juga membantuk kanak-kanak menggunakkan pengalaman deria mereka terutamanya ketika merasa struktur, menhidu bahan dan mendengar bunyi. 
SENI DAN KRAF DALAM KURIKULUM PERMATA
  • Kanak-kanak diberi peluang membuat pelbagai kesan, lakaran, contengan , corak dan garisan pada sesuatu permukaan. Pada masa yang sama kanak-kanak memahirkan motor halus mereka. Kanak-kanak juga belajar mengenali warna dan membezakan warna. Contoh aktiviti pembelajaran yang sesuai untuk anak PERMATA ialah:
  1. Menconteng dengan pensil, krayon, arang atau berus lukisan.
  2. Membuat garisan dan rupa bentuk.
  3. Melukis objek dan merwarna lukisan.
  4. Membuat lukisan pecikan bunga api.
  5. Membuat tanda dan kesan pada pelbagai permukaan.

Wednesday, October 10, 2018

PERKEMBANGAN BAHASA, KOMUNIKASI DAN LITERASI AWAL

TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

  • Terdapat pelbagai teori yang cuba mengupas bagaimana kanak-kanak mempelajari sesuatu bahasa. Pendekatan yang terkenal dalam teori bahasa ini adalah teori nativisme, teori interaksionis, dan teori pembelajaran (Behaviourisme).
TEORI NATIVIS
  • Teori ini dipelopori oleh Noam Chosky (1957), yang berpendapat bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan mempunyai keupayaan berbahasa secara semulajadi dikenali sebagai LAD (language acquisition device atau bahagian dalam otak yang memudahkan penguasaan bahasa). Terdapat bahagian tertentu di bahagian otak yang memudahkan kanak-kanak untuk mempelajari bahasa. Contoh: Bahagian lobus temporal menerima bunyi bahasa, bahagian wernicke memproses bunyi tersebut dan bahagian broca menegluarkan perkataan yang bermakna. Apabila kabak-kanak telah membina perbendaharaan kata, maka mereka dapat menguasai bahasa. Teori ini menekankan bahawa pendedahan awal amat penting bagi kanak-kanak untuk membina perbendeharaan kata. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti bercerita, soal jawab, menyanyi, perbualan dan sebagainya.
TEORI BEHAVIOURISME
  • Mengikut teori behaviourisme yang dicadangkan oleh skinner kanak-kanak mempelajari bahasa malalui peniruan dan pengukuhan. Kanak-kanak akan meniru bahasa yang didengarinya daripada persekitaran mereka. Tindak balas positif seperti perhatian dan perbualan daripada orang biasa akan menggalakkan kanak-kanak untuk bercakap dan meningkatkan penguasaan bahasa mereka.
FAKTOR UNTUK MENGGALAKKAN PERKEMBANGAN BAHASA
  1. Berinteraksi dengan kanak-kanak 
  • Pendidik atau pengasuh perlu banyak berinteraksi secara lisan dengan lebih kerap. 
      2. Persekitaran keluarga
  • Persekitaran keluarga kanak-kanak membesar dalam lingkungan alam sekitar yang sihat akan mendapat segala kemudahan. Kesannya perkembangan bahasa mereka lebih cepat. Jika persekitaran kanak-kanak dikelilingi dengan orang pandai maka mereka terbiasa dengan percakapan orang bijaksana serta perbendaharaan kata yang betul dan banyak.
    3. Interaksi dalam keluarga 
  • Saiz sesebuah keluarga juga mempengaruhi. Andai kata jika kanak-kanak itu anak tunggal maka lebih cepat bercakap dan lebih banyak berinteraksi dengan ibu bapa serta mendapat layanan yang cukup. Manakala anak yang ramai adik beradik akan lebih kerap bercakap sesama sendiri maka perbendaharaan katanya sedikit.
RUMUSAN 

Perkembangan literasi awal kanak-kanak dapat dipupuk dengan menyediakan persekitaran, bahan dan kaedah pendekatan yang menarik dan sesuai dengan tahap perkembangan dan minat kanak-kanak.

Thursday, October 4, 2018

PERKEMBANGAN KEMAHIRAN AWAL MATEMATIK DAN PERMIKIRAN LOGIK

DEFINISI AWAL MATEMATIK

  • Matematik ialah satu bidang (disiplin) tentang kuantiti, anggaran, persamaan, perbezaan, perbandingan, susunan, padanan, sukatan, bentuk, corak, ruang, masa, kedudukan, dan perkiraan, daripada mudah sehingga yang kompleks yang menggunakan formula yang panjang. Ramai pelajar yang rasa, sangat takut kepada matapelajaran matematik kerana dianggap sukar dan komplek untuk difahami tetapi berbeza. Bagi kanak-kanak kecil, konsep awal matematik adalah permahaman tentang bentuk, kuantiti, ruang, demensi atau kedudukan, corak, masa, awal nombor, pewakilan nombor dan operasi nombor. Awal matematik sangat penting untuk membina asas pemikiran matematik dan logik. 
DEFINISI PEMIKIRAN LOGIK
  • Pemikiran logik ialah proses berfikir yang berasaskan penaakulan (reasoning) iaitu memberikan sebab atau alasan kepada sesuatu perkara, atau memikirkan kesan atau akibat daripada sesuatu perkara. Biasanya, sesuatu yang logik ialah sesuatu yang boleh diterima akal kerana jelas hubungannya sebab akibatnya dan boleh dilihat buktinya.
          contoh " hubungan sebab - akibat " :
      • Pada hari panas, baju yang dijemur menjadi kering ( baju kering sebab hari panas); 
      • Jika tiada matahari, baju basah yang dijemur tidak kering atau lambat kering.
KONSEP DAN KEMAHIRAN AWAL MATEMATIK DALAM KURIKULUM PERMATA NEGARA
  • Konsep awal matematik yang ditekan kurikulum PERMATA Negara ialah:
  1. Bentuk dan saiz.
  2. Ruang dan kedudukan.
  3. Perbandingan dan pengelasan.
  4. Padanan satu dengan satu.
  5. Seriasi dan pola.
  6. Pengukuran dan sukatan.
  7. Parts and wholes.
  8. Konsep bahasa.
  9. Bilangan dan nombor.
RUMUSAN

Pembelajaran awal matematik pada peringkat awal kanak-kanak diperoleh daripada persekitaran secara tidak formal. Kanak-kanak biasanya akan diajar dengan menggunakan benda konkrit supaya mereka memperoleh pengalaman yang boleh digunakan pada masa akan datang. Kaedah pembelajaran awal matematik yang menggembirakan, akan menjadikan pembelajarannya lebih bermakna.

Konsep asas matematik kanak-kanak ialah awal geometri, parts and wholes, perbandingan, logik dan pengelasan, padanan satu dengan satu, membilang dan nombor, susunan/seriasi, pola, pengukuran berat dan panjang dan sukatan isipadu.

Pendidik/pengasuh perlu menyediakan aktiviti, alat bahan dan persekitaran yang boleh merangsang kemahiran awal matematik. Pendidik/pengasuh juga harus peka dan sentiasa berinteraksi dengan kanak-kanak untuk membantu mereka memahami konsep matematik semasa bermain.


Monday, October 1, 2018

BIDANG PEMBELAJARAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK PERMATA

PERKEMBANGAN FIZIKAL

  • Perkembangan fizikal kanak-kanak merupakan satu aspek yang menekankan asas pertumbuhan, pembesaran dan kemahiran motor-fizikal kanak-kanak. Kanak-kanak memprolehi kemahiran mengawal tubuh ( kemahiran fizikal) seperti duduk, berdiri, berjalan dan lain-lain. Pertumbuhan fizikal merangkumi berat badan, ketinggian, lilitan kepala dan lengan, nisbah badan : kaki, kandungan lemak badan, pertumbuhan gigi, dan tulang rangka. kemahiran fizikal mempengaruhi perkembangan domin lain seperti kognitif, sosial dan emosi.Contoh : bila sudah boleh merangkap, bayi mudah bergerak dan bebas meneroka.
DEFINISI PERTUMBUHAN
  • Pertumbuhan adalah satu proses perubahan yang bersifat kuantiti (berat atau tinggi). Pertumbuhan ialah perubahan yang boleh dinilai dan diukur dari satu peringkat ke satu peringkat perkembangan yang lain.Ia melibatkan perubahan dari segi saiz dan struktur, aspek fizikal serta mental. pertumbuhan akan mencapai kemuncaknya sebaik sahaja seseorang individu mencapai kematangan.
DEFINISI PERKEMBANGAN
  • Perkembangan ialah perubahan yang bersifat kualitatif. ia bersifat berterusan, bermula dari sejak persenyawaan hingga ke akhir hayat. Sifat perubahan ini dapat diukur dengan membandingkannya dengan peringkat yang lebih awal. Contoh :
        • bayi baru lahir - tidak boleh meniarap
        • bayi  5 bulan - sudah boleh meniarap
CIRI-CIRI PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK

Corak perkembangan adalah bersifat berterusan dari satu peringkat ke satu peringkat. Terdapat perbezaan tahap perkembangan kanak-kanak. Perkembangan bahagian-bahagian anggota adalah saling berkait dan mempengaruhi keseluruhan individu.

Perkembangan kanak-kanak mengikut corak tertentu iaitu :
  • Daripada mudah ke kompleks
  • Perkembangan mempunyai arah tertentu yang boleh dijangkakan 
  • Menyeluruh kepada tertentu ( mass to specific)
Kemahiran motor - fizikal juga berlaku mengikut prinsip perkembangan fizikal yang tetapkan. Kemahiran motor - fizikal terbahagi kepada :
  • Pantulan semula jadi
  • Kemahiran motor kasar
  • Kemahiran motor halus