- Secara umum kreativiti ialah kebolehan atau keupayaan untuk mencipta, mewujud dan menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk baru dan asli. Kreativiti memerlukan daya imaginasi yang tinggi, penerokaan dan kebolehan membina hubungan baru terhadap maklumat lama dan sedia ada. Kreativiti melibatkan kemahiran berfikir yang kritikal dan analitikal untuk mencipta dan melahirkan idea baru yang unik dan menarik. Ia juga memerlukan kebolehan berfikir secara praktikal yang dapat menterjemahkan idea ke dalam bentuk aplikasi.
- kreativiti boleh menghasilkan inovasi ialah idea atau cara untuk menambah baik proses atau cara laama yang lebih efektif dan berkesan atau lebih menarik. Daripada inovasi kita perlu menggunakan minda kreatif dan daya imaginasi yang tinggi. Inovasi adalah cara kerja masa hadapan. Malaysia memerlukan generasi masa hadapan yang kreatif dan inovatif untuk melonjakkan ekonomi dan kemakmuran negara.
- Kurikulum PERMATA Negara sangat menekankan asoek perkembangan kreativiti kanak-kanak pada semua peringkat umur kerana ciri ini boleh dibentuk sejak awa umur lagi. Kreativiti boleh diterapkan dalam semua bidang pembelajaran PERTAMA, bukannya hanya dalam bidang seni dan kraf atau muzik, nyanyian atau drama semata-mata, Oleh itu, pendidik/pengasuh memberi perhatian untuk menggalakkan kanak-kanak sentiasa berfikiran kreatif dan menghargai hasil kreativiti kanak-kanak.
Monday, November 12, 2018
APA ITU KREATIVITI
APA ITU KREATIVITI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Woah naega byeonhae
Post a Comment