Sekiranya bayi baru lahir :
- Tidak terkejut, bergerak, menagis atau menunjukkan sebarang tindak balas apabila ada bunyi yang nyaring atau kuat. Tidak menoleh kepala ke arah bunyi suara.
- Tidak meniru bunyi yang didengari.
- Mereka mungkin menghadapi masalah deria pendengaran. Dengan pengesanan awal, kanak-kanak tersebut boleh dibantu.
DERIA RASA
- Bayi yang baru lahir dapat merasa pahit dan manis. Mereka lebih suka kepada rasa manis yang semualajadi, seperti manis susu madu dan buah. Perubahan mimik menunjukkan dapat membezakan rasa. Kanak-kanak boleh mencuba untuk merasa benda yang boleh dimakan seperti buah-buahan dan membuat perbezaan rasanya. Menerokai dunia persekitaran melalui deria rasa amatlah menarik bagi kanak-kanak. Kemahiran ini dapat meningkatkan pemahaman kanak-kanak tentang benda mempunyai rasa dan hubungan deria rasa dengan deria bau.
DERIA BAU
- Deria bau membantu bayi mengesan ibunya. Deria bau bayi lahir sangat tajam. Mereka boleh membezakan antara bau susu ibu sendiri dengan bau susu ibu yang lain. Bayi mengenali bau ibunya ketika disusukan, atau dipeluk cium dan didakap oleh ibunya. Bayi dapat mengenal dan mengecam bau yang mereka gemari, kanak-kanak membina deria bau yang lebih tajam. Mereka dapat mengenali pelbagai jenis bau-bauan termasuk wangi dan busuk. Kanak-kanak perlu dirangsang untuk meneroka pelbagai jenis bau daripada bahan semulajadi seperti bau pandan, pisang, limau, bunga, daun, sabun, bedak, minyak rambut, bau benda terbakar, bau hancing di tandas, bau hanyir ikan, bau badan atau peluh, dan sebagainya, Sambil meneroka bau, kanak-kanak juga belajar perbendaraan kata tentang bau yang berbeza.
DERIA SENTUHAN
- Deria sentuhan mula berfungsi ketika bayi dalam kandungan. Kepekaan deria sentuhan bayi yang baru lahir sangat tinggi. Kebanyakkan daripada pantulan mencari pakal, menghisap, menggenggam, mengambil langkah dari babin ski. Bayi yang baru lahir sangat sensitif tterhadap perubahan suhu. Apabila tidak berpakain, bayi akan menunjukkan tindak balas tidak selesa dengan menangis dengan menggigil. Deria sentuhan terdapat semua bahagian kulit; tetapi bahagian yang paling sensitif ialah sekitar mulut, pipi dan bibir, tapak kaki, ketiak, hujung jari, dan kemaluan.
0 comments:
Post a Comment