- Perkembangan fizikal kanak-kanak merupakan satu aspek yang menekankan asas pertumbuhan, pembesaran dan kemahiran motor-fizikal kanak-kanak. Kanak-kanak memprolehi kemahiran mengawal tubuh ( kemahiran fizikal) seperti duduk, berdiri, berjalan dan lain-lain. Pertumbuhan fizikal merangkumi berat badan, ketinggian, lilitan kepala dan lengan, nisbah badan : kaki, kandungan lemak badan, pertumbuhan gigi, dan tulang rangka. kemahiran fizikal mempengaruhi perkembangan domin lain seperti kognitif, sosial dan emosi.Contoh : bila sudah boleh merangkap, bayi mudah bergerak dan bebas meneroka.
DEFINISI PERTUMBUHAN
- Pertumbuhan adalah satu proses perubahan yang bersifat kuantiti (berat atau tinggi). Pertumbuhan ialah perubahan yang boleh dinilai dan diukur dari satu peringkat ke satu peringkat perkembangan yang lain.Ia melibatkan perubahan dari segi saiz dan struktur, aspek fizikal serta mental. pertumbuhan akan mencapai kemuncaknya sebaik sahaja seseorang individu mencapai kematangan.
DEFINISI PERKEMBANGAN
- Perkembangan ialah perubahan yang bersifat kualitatif. ia bersifat berterusan, bermula dari sejak persenyawaan hingga ke akhir hayat. Sifat perubahan ini dapat diukur dengan membandingkannya dengan peringkat yang lebih awal. Contoh :
- bayi baru lahir - tidak boleh meniarap
- bayi 5 bulan - sudah boleh meniarap
CIRI-CIRI PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK
Corak perkembangan adalah bersifat berterusan dari satu peringkat ke satu peringkat. Terdapat perbezaan tahap perkembangan kanak-kanak. Perkembangan bahagian-bahagian anggota adalah saling berkait dan mempengaruhi keseluruhan individu.
Perkembangan kanak-kanak mengikut corak tertentu iaitu :
- Daripada mudah ke kompleks
- Perkembangan mempunyai arah tertentu yang boleh dijangkakan
- Menyeluruh kepada tertentu ( mass to specific)
Kemahiran motor - fizikal juga berlaku mengikut prinsip perkembangan fizikal yang tetapkan. Kemahiran motor - fizikal terbahagi kepada :
- Pantulan semula jadi
- Kemahiran motor kasar
- Kemahiran motor halus
1 comments:
Watch live cricket in VR now in real time - Videoodl.cc
If you don't have a VR viewer, watch live cricket in youtube mp3 VR now. Watch 바카라 사이트 live cricket in real time. Watch live cricket 유튜브 in real time. Watch live cricket in real time.
Post a Comment